Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) adalah pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan yang dibangunkan khusus untuk merevolusi pendidikan berteraskan teknologi AI.

Akses semua aplikasi pembelajaran kegemaran anda dalam satu platform yang mudah dan pantas.
Pelantar DELIMa 3.0 membawa pembaharuan dari segi antara muka (UI/UX) yang lebih mesra pengguna mengikut peranan (murid, guru, pentadbir). Ia dibangunkan dalam 2 fasa:
Fasa 1: Penambahbaikan UI/UX, pengurusan latihan digital (Digital Training Management), serta automasi pemberian sijil dan lencana digital.
Fasa 2: DETa akan diperkasakan dengan model bahasa besar (LLM) utama iaitu Gemini, yang disesuaikan khas untuk konteks pendidikan KPM. Sistem pengurusan akaun dan kata laluan juga akan dipermudah untuk operasi pentadbiran yang lebih cekap.
DELIMa 3.0 menyediakan antara muka khas mengikut jenis pengguna:
Murid: Ruang Aplikasi, Hab Latihan Digital, Sijil & Lencana Digital, Beg Sekolah, Pengumuman, Ruang Ilmu, Kelas Digital, Portfolio Digital
Guru: Ruang Aplikasi, Hab Latihan Digital, Pengumuman, Sijil & Lencana Digital, Ruang Ilmu, Kelas Digital, Portfolio Digital, Laluan Pembelajaran
Pentadbir: Aplikasi, Sistem Pengurusan Pengguna, Pengumuman, Pengurusan Aplikasi, Beg Sekolah, Ruang Ilmu, Laluan Pembelajaran, Portfolio Digital
DETa kini dinaik taraf dengan teknologi AI + LLM (Gemini) yang dilatih khas untuk konteks KPM. Ia boleh membantu pengguna mendapatkan jawapan berkaitan:
DELIMa 3.0 menyediakan pelbagai bentuk pengiktirafan secara automatik berdasarkan interaksi dan pencapaian pengguna:
Pentadbir DELIMa kini boleh:
Ciri ini mengurangkan masa pengurusan dan meningkatkan keselamatan.